PRINSIP-PRINSIP SYARIAH

 1)  WASATIAH 

      Wasatiah iaitu ( kesederhanaan ) adalah dimana ianya tidak keterlaluan dan berlebihan dari segi pelbagai aspek , khususnya yang melibatkan kos pembelanjaannya kerana Multifunction Study Lamp ini tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk memiliki teknologi tersebut. Ia memiliki harga yang berpatutan contohnya orang kaya ataupun miskin juga dapat membelinya dan ia juga dapat memberi faedah kepada seluruh umat islam.


2)  TAWAZUN

       Tawazun pula ialah (keseimbangan) iaitu dalam syariat bermaksud segala kandungannya  adalah mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan akhirat. Dari segi keseimbangan, islam juga tidak menggalakkan umatnya mementingkan aspek kerohanian semata-mata sehingga mengabaikan aspek jasmani atas kebendaan dan begitu sebagainya. Contohnya, alatan teknologi ini mempunyai jam penggera yang bukan sahaja digunakan untuk peringatan masa bahkan boleh dijadikan sebagai jam penggera azan . Selain itu, alatan teknologi ini juga boleh dijadikan lampu suluh ketika membaca Al-quran dan mengulangkaji pelajaran. Tambahan pula, ia boleh digunakan untuk seseorang yang ingin mengerjakan qiamullai dan sangat berguna ketika bekalan elektrik terputus.


3)  RABANIAH 

        Prinsip Rabbaniah iaitu (Ketuhanan) menjelaskan syariah islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT. Dalam aspet ketuhanan, alam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah SWT. Setiap kajian ataupun ciptaan yang dibuat perlulah menjurus kepada peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Sebagai contoh, Multifunction Study Lamp ini dicipta supaya dapat memastikan pengguna dapat menunaikan solat tepat pada waktu dan juga dapat membaca al-quran bila-bila masa sahaja. Oleh yang demikian, alatan teknologi ini dapat memenuhi kriteria dalam aspek ketuhanan kerana ia mematuhi peraturan Allah SWT.


4) MIZAN

        Mizan iaitu merupakan (kesetaraan) yang menjelaskan dalam syariat menuntut agar segala tindakan yang dilaksanakan hendaklah meraikan keperluan dunia dan akhirat. Dimaksudkan disini iaitu setiap perkara yang dilakukan mestilah mengambil kira item-item yang digunakan sama ada ia betul mengikut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat. Contohnya, alatan teknologi ini mempunyai keseteraan di mana ianya boleh digunakan untuk memperolehi dunia dan juga akhirat. Hal ini kerana, adanya bacaan Al-quran dan jam azan pada Multifunction Study Lamp ini. Manakala dari segi dunia pula, lampu yang memberi kegunaan kepada para pelajar terutamanya untuk mengulangkaji pelajaran pada waktu malam. 


No comments:

Post a Comment

MULTIFUNCTION STUDY LAMP

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN AWAM E-FOLIO : MULTIFUNCTION STUDY LAMP NAMA PENSYARAH : WAN MARIATI BINTI ABD KADIR NUR SABRINA...