PENDAHULUAN


         Kami merupakan pelajar politeknik Kota Bharu dan mengambil aliran Diploma Ukur Bahan dibawah Jabatan Kejuruteraan Awam. Kami menjalankan tugasan ini secara berkumpulan dan memilih alatan teknologi Multifunction Study Lamp sebagai projek untuk tugasan kami yang berasaskan penambahbaikan teknologi yang tersedia ada.

         Kami telah membuat pembaharuan kepada teknologi yang kami pilih ini. Iaitu dari lampu belajar yang biasa kepada lampu belajar yang mempunyai set jam digital yang mana ia boleh disetkan untuk azan dan bacaan Al-quran.

         Kami memilih projek ini kerana kami dapati bahawa agama islam amatlah menitikberatkan tentang masa dan waktu azan. Pepatah Arab ada menyebut, ‘Masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita.’ Ini menggambarkan kepada kita bahawa masa itu sesuatu yang sangat penting dan amat berharga. Sehinggakan dalam kehidupan kita ada ungkapan masa itu ibarat emas.


 Masa tersangatlah penting sehingga Allah bersumpah dengannya di dalam al-Quran

         Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah al-‘Asr ayat 1-3)

Imam Fakhr al-Din al-Razi berkata ketika menerangkan makna ayat-ayat ini:

      Allah bersumpah dengan asr – iaitu masa – kerana kehebatannya kerana di dalamnya berlaku perkara yang baik dan buruk, kesihatan dan penyakit, kekayaan dan kemiskinan, dan kerana nilainya serta betapa berharganya ia sehingga tidak dapat diukur dengan suatu apa pun yang lain.

          Selain itu, waktu azan juga penting bagi umat islam di dunia ini kerana ianya bertujuan untuk mengingatkan dan mengajak kita sebagai umat islam untuk menunaikan kewajiban kepada Allah SWT. Di samping itu, mendengar azan juga dapat memberi ketenangan dan juga kesejukan jiwa kepada seseorang. Bukan itu sahaja, azan juga akan menyebabkan iblis dan syaitan berlari tempiaran apabila mendengar laungan azan.

Seperti Rasulullah  ﷺ  bersabda: “Apabila azan dilaungkan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut lintang-pukang sehingga tidak mendengar suara azan dan apabila selesai azan, dia datang semula hingga apabila dibacakan iqamah untuk solat dia akan lari lagi, sehinggalah sempurna iqamah dibaca, lalu dia akan datang lagi mengganggu dan menimbulkan rasa was-was dalam diri, membisikkan kepadanya: Ingatkan itu dan ini, sesuatu yang tidak terlintas sebelum itu, menyebabkan seseorang itu tidak sedar berapa rakaat ia solat.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).

No comments:

Post a Comment

MULTIFUNCTION STUDY LAMP

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN AWAM E-FOLIO : MULTIFUNCTION STUDY LAMP NAMA PENSYARAH : WAN MARIATI BINTI ABD KADIR NUR SABRINA...