KESIMPULAN

 Secara keseluruhannya, kejuruteraan islam perlulah menghasilkan produk mengikut prinsip islam dan selaras dengan agama islam supaya produk dapat dihasilkan dengan kualiti yang tinggi dan selari dengan agama islam. Selain itu, produk yang berteraskan agama islam juga akan dapat menarik perhatian pengguna yang ramai untuk membelinya kerana di negara kita mejoriti masyarakat adalah beragama islam.


        Selain itu, projek ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman  kami sekumpulan tentang proses yang kami lakukan iaitu membuat penambahbaikan dari segi menambah unsur keagamaan kepada produk yang tersedia ada. Dalam proses ini, pelajar didedahkan supaya bersifat kreatif dan inovatif untuk menghasilkan produk yang pelbagai guna dan membawa kemajuan kepada kehidupan sehari-hari iaitu di dunia mahupun kemajuan di akhirat. Pelajar juga memperoleh pengetahuan yang banyak dan penting untuk digunakan pada masa hadapan.


        Oleh yang demikian, projek yang baik haruslah mempunyai keboleh-harapan yang tinggi, mudah digunakan dan kos yang berpatutan supaya dapat diterima oleh para pengguna. Projek ini telah mencapai aspek-aspek yang telah dikemukakan dan ia berpotensi untuk menjadi alatan yang popular dikalangan masyarakat sekarang.


No comments:

Post a Comment

MULTIFUNCTION STUDY LAMP

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN AWAM E-FOLIO : MULTIFUNCTION STUDY LAMP NAMA PENSYARAH : WAN MARIATI BINTI ABD KADIR NUR SABRINA...