KAEDAH FIQH


1)   Kaedah fiqh yang boleh dipelajari dari teknologi Multifunction Study Lamp tersebut ialah setiap perkara dinilai berdasarkan tujuan dan niat. Kaedah ini bermaksud bahawa setiap perkara itu merujuk tujuan sesuatu perkara yang dilaksanakan atau setiap hukum bagi amalan seseorang sama ada pertuturan atau perbuatan bergantung pada niat atau tujuannya. Contohnya alat ini bertujuan untuk memberitahu apabila masuknya waktu solat serta boleh digunakan sebagai lampu belajar. Hal ini dapat memberi manfaat kepada umat islam untuk memudahkan mereka menggunakan dan membawa ke mana-mana sahaja serta dapat menepati waktu solat mereka terutamanya kepada pelajar.


2)   “Adat dijadikan sebagai rujukan hukum” juga boleh dijadikan sebagai kaedah fiqh yang bersesuaian dengan alat ini dimana adat bermaksud sesuatu yang sudah menjadi satu kelaziman dilakukan oleh manusia. Sebagai contoh alat ini dapat membuatkan seorang itu menepati masa. Hal ini demikian kerana seseorang itu akan peka terhadap bunyi azan atau bunyi jam penggera yang memudahkan pengguna untuk mengerjakan solat satu pertiga malam. Selain itu, alat ini juga mempunyai lampu yang  dapat memudahkan kita untuk membaca Al- quran dan belajar di waktu malam.


3)   Akhir sekali, dari segi kaedah fiqh yang boleh diambil dari alat ini ialah kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan. Mungkin sebelum ini orang-orang yang menggunakan lampu meja biasa akan mempunyai kesukaran untuk menunaikan solat pada tepat waktu atau mungkin kadang-kadang akan ketinggalan waktu solat kerana terlalu fokus belajar sehingga tidak sedar bahawa waktu solat sudah berlalu. Jadi dengan adanya Multifunction Study Lamp ini akan meringankan seseorang itu untuk menunaikan solat kerana alatan ini sudah mengsetkan masa apabila masuk waktu solat. Disebabkan perkara tersebut, pengguna akan mudah sedar apabila masuk waktu dan akan menunaikan ibadah tersebut dengan tepat waktunya. Alatan ini juga akan memudahkan pengguna untuk meluangkan masa untuk membaca Al-quran yang mungkin sebelum ini sukar untuk membacanya kerana sibuk belajar ataupun membuat kerja.


No comments:

Post a Comment

MULTIFUNCTION STUDY LAMP

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN AWAM E-FOLIO : MULTIFUNCTION STUDY LAMP NAMA PENSYARAH : WAN MARIATI BINTI ABD KADIR NUR SABRINA...